PERGI SELAMANYA : Al fatihah

 

BERDASARKAN LAGU KUMPULAN KAMIKAZE

Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi …….

mh_01_1111

Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku

mh_01_1 

Sayangnya kau tiada disisiku……..

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka ……..

 

mh_01_113

 Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya ………

palestin12

Korus:
Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali……….

palestin2

Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti ……..

AK0001_GAZA_

Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh….

palestin3

Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan ……

palestin9

Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh….. 

1kids

Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku ……

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh….

palestin14

 

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi……..
 

 palestin121

Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku……

palestin8

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka ……..

 

 

Blog Hina Nabi : sapa mangsa seterusnya

Kisah mengenai blog Adibah Ahmad & Azhar Mohd yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama Islam amnya kini heboh diperkatakan. Siapa sebenarnya individu bernama Adibah Ahmad & Azhar Mohd ni, apa motifnya, kenapa sampai tahap begitu pelakuannya ?.

Tentu ianya menjadi tanda soal untuk sesiapa juga, Masyarakat yang kurang arif mengenai ICT tentu akan menuduh perkara tersebut betul tetapi bagi yang arif mengenai dunia ICT akan menyiasat daripada pelbagai sudut sebelum mengsahkannya betul atau penganiayaan.

Dalam blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah, ianya agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri ( walaupun dah murtad ) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Ibarat sebagai membiarkan diri dipukul oleh sesiapa saja dan boleh dikatakan sebagai orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Sebenarnya dalam era kecanggihan ICT melalui internet sesiapa pun boleh menganiaya atau dianiaya. Seseorang boleh copy paste gambar sesiapa juga dan bentuk profailnya dalam FRIENDSTER. Untuk mengelak IP dikesan seseorang boleh menggunakan Cyber Centre untuk melakukan kegiatan tersebut.  

...individu yang dikatakan sebagai Adibah Ahmad

...individu yang dikatakan sebagai Adibah Ahmad

Berbalik pada mangsa tersebut Adibah Ahmad, individu tersebut memang wujud dan telah melaporkan kepada Pihak Polis dan Suruhanjaya Multimedia & Komunikasi ( SKMM ) 3 bulan seblum isu tersebut dihebohkan oleh pihak media massa. Siasatan menyeluruh wajar dilakukan dan hukuman berat dikenakan pada individu tersebut sebagai pengajaran kepada sesiapa yang berbniat menggunakan kaedah tersebut untuk menganiaya. Blog tersebut http://adibahahmad.blogspot.com/ telah pun ditutup dan tidak wujudkan lagi.

 

 

....mangsa penganiayaan

....mangsa penganiayaan

 

Pada pandangan saya, individu bernama Adibah Ahmad dan Azhar Mohd telah dianiaya oleh seseorang atas sebab hal peribadi dengan menggunakan blog yang menghina Islam bagi memburukan namanya.

BACK TO SCHOOL : Panadol Oh Panadol

Seminggu lagi anak – anak akan kembali bersekolah, dalam tempoh tersebut ibubapa yang berkerja di sektor kerajaan atau swasta terpaksa mengambil cuti untuk mengurus anak – anak mereka. Menjelang tempoh tersebut ibubapa mula mengalami sindrom ” Sakit Kepala ” kerana memikirkan perbelanjaan mengurus anak – anak mereka.

Pakaian, kasut, beg dan lain – lain peralatan persekolahan pasti perlu dibeli semula, kesemuanya memakan belanja sehingga RM150 untuk seorang anak, yuran pendaftaran sekolah belum masuk lagi…..kalau di CAMPUR, TOLAK, BAHAGI dan DARAB perbelanjaan tersebut maka bertambah berat sakit kepala ibubapa. Budak – budak sekarang ini pulak semuanya nak yang ” Jenama “ baru ada class, semua atas pilihan sendiri baru mau pakai.

Terkenang masa mendaftar masuk Tingkatan 1 pada tahun 1983 di SMK Gunsanad Keningau, sendiri – sendiri bawa diri pi daftar. Seluar sekolah yang diwaris dari abang dan baju sekolah masa darjah 6  yang dipakai masa tu ( ketika tu pelajar sekolah menengah masih wajib pakai seluar pendek ). Da masuk bulan februari baru merasa pakaian baru, bapa cakap biar adik – adik dulu pakai pakaian sekolah baru. Pi sekolah pun berjalan kaki aje, sememangnya dari darjah 1 sehingga tingkatan 6 berjalan kaki aje ke sekolah. Masuk tingkatan 6 baru merasa seluar tempah, sebabnya masa tu pelajar tingkatan 6 kena pakai seluar warna putih. Bila malam belajar guna pelita minyak tanah ( PILASUT dalam bahasa kampung kami ). Sabtu dan ahad kena pi kegiatan Ko Kurikulum di sawah padi ( TABASAN dalam bahasa kampung kami ).

Bila kita kongsi pengalaman tersebut dengan anak – anak, pandai pulak anak – anak menjawab “ tu zaman persekolahan ayah, sekarang lain “, ” nanti kena pulau oleh kawan – kawan sekolah pulak ” sambungnya lagi……aduuuuuh tambah pening kepala ini.  Walaupun pening kepala bertambah tapi tu da menjadi tanggungjawab ibubapa pada anak – anak mereka. Selagi hayat dikandung badan selagi tu lah tanggungjawab kita semua.

BODY OF LIES : Propaganda Amerika

body-of-lies

Minggu lepas saya berkesempatan menonton filem BODY OF LIES, filem ini dibintangi Roger Ferris ( Leonardo DiCaprio ) yang merupakan seorang ejen CIA yang beroperasi di Iraq dan Jordan yang bertanggungjawab menjejaki Al – Saleem ( Alon Aboutboul ).

Al – Saleem digambarkan sebagai seorang pengganas Islam yang mempunyai rangkaian di asia barat dan eropah, beliau melakukan kegiatan pengeboman dengan menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Filem ini turut dibintangi oileh Ed Hoffman (Russell Crowe) yang bertindak sebagai Boss kepada Roger Ferris dan Hani Salaam (Mark Strong) sebagai Ketua Perisikan Jordan. Dalam filem Body Of Lies ini, Agensi Perisikan Pusat ( CIA ) dan Agensi Perisikan Jordan menjalinkan hubungan kerjasama yang penuh dengan tipu muslihat untuk menangkap Al – Saleeem.

Filem ini merungkaikan maksud yang tersirat dan tersurat penerbit filem untuk menjadikan Body Of Lies sebagai filem Propaganda Amerika untuk menonjolkan Misi Penaklukan Negara Iraq adalah sah dan mensasarkan penganut Islam adalah fanatik dan suka melakukan kejahatan.

Hanya Kerak Nasi Goreng

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di kampung setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di kampung merasa amat gembira apabila mendengar anak – anaknya hendak datang beraya di kampung, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi untuk mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal di rumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempoh hari.

Aku minta untuk membantu ,

” tak payah” katanya

” biar mak yang buat nanti lain rasanya “.

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya……tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goring, bukan main khusyuk dan bersungguh – sungguh hendak menyediakan juadah yang semampunya.

Bila abang dan kakak dah sampai di rumah, aku mula hidangkan nasi goreng tersebut untuk mereka semua. Semuanya menjamu selera dengan berselera, mereka semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya. Dalam tak sedar nasi dah hampir habis.

Terdetik dihatiku……” ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu “……..lalu abang ku bertanya ” siapa tak makan lagi nasi ni “,  aku menjawab ” mak belum makan lagi tu “.

 Mak dengan bersungguh menjawab,

” Ehh mak tak mau….tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jap lagi “……dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati ” oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya ” ……bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur.

Lantas aku tanya ‘ mak nak ambil apa.’

“ tak ada apa – apa,  mak rasa nasi goreng ni sikit “.

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku……bila ku lihat mak rupanya sedang mengikis kerak – kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya.  Tika ni pun masih ada ibu yang anggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan. 

YA RABBI, Engkau peliharalah Ibu…..ampunilah dosa – dosanya, berilah kekuatan pada anak – anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

 AMINN

Tujuh Keajaiban Dunia

Sekelompok siswa-siswi kursus geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa keajaiban tersebut tidak sesuai tetapi sebahagian besar senarai diperolehi juga, antara :-

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar China
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Lalu pensyarah tersebut bertanya kepada gadis tu apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit……saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) dan, Dapat mencintai

Moral Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

 

Hehehehehe

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala ada seorang Raja yang takut bini merangkap Permaisurinya, baginda telah memerintahkan sekelian rakyatnya yang LELAKI sahaja berkumpul di suatu kawasan lapang depan istananya. 

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta dan yang tidak dengan bininya di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

MORAL OF THE STORY:

 

KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.

AIDS : Mengapa Melayu Juara

Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat dijangkiti AIDS sejak penyakit itu mula dikesan pada 1986.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, dalam tempoh 21 tahun sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 80,938 kes jangkitan HIV dilaporkan di negara ini.

Dalam tempoh itu juga, kata beliau, seramai 13,635 pesakit AIDS direkodkan dengan jumlah kematian akibat penyakit itu berjumlah 10,334 kes.

“Daripada keseluruhan kumulatif kes tersebut, 72%  jangkitan berlaku di kalangan kaum Melayu, kaum Cina 14.7%, India 8.1% dan selebihnya kaum lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari AIDS Sedunia 2008 peringkat negeri Sabah pada 04hb Disember 2008.

Penyumbang terbesar kepada jangkitan HIV di negara ini adalah di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan. Sebanyak 71.8 peratus daripada jumlah kes HIV di negara ini berpunca daripada berkongsi jarum suntikan di kalangan penagih dadah dan 16 peratus melalui hubungan seks.

Sebanyak 143 kes kematian akibat HIV direkodkan di negeri Sabah dalam tempoh 17 tahun sehingga Disember tahun ini. Di negeri Sabah sejak tahun 1991 sehingga kini, sebanyak 958 orang dijangkiti HIV manakala 319 menghidap AIDS.

MONOLOG +1

Bila berangan tentang nak kahwin lain atau tambah kouta ni memanglah best. Tersengih - sengih aje lah time tu. Tapi disebalik angan – angan tu terfikir juga suatu benda yang akan semua lelaki berfikir panjang atau menganggapnya sebagai cabaran. Alkisahnya macam ni………..

Bila mengenangkan umur  yang dah 40+. Kalau kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun memanglah seronok abis tapi dalam keseronakan tu ada juga part yang memeningkan kepala ni. Tentang makan minum, pakai, kemas rumah dan kegemaran, tentunya akan teringat dengan  my first wife…….tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi atau sukan kegemaran, semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman baru kahwin dulu………

 

Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu, tentu dia banyak songeh. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari kan…………

 

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja. Isteri muda pasti gi grand….tentu dia nak handbeg Bonia, tudung Mawi berkristal, baju kurung kain sifoon dan henpon Nokia N95. Itu tak termasuk kereta, paling cincai pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik keta Kancil. Kalau I tak bagi barang-barang tu, tentu dia tak PEDULI I malam nanti. Dengan isteri tua, awal-awal bercinta main jalan kaki aje, naik motosikal atau bus. Isteri tua sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita sambil berjalan kaki atau naik motor. Terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu.

 

Rumah pertama yang didiami dengan bini tua dulu pun takat selesa aje……….tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Tapi dengan isteri muda, terpaksa aku buat OT lebih, mesti Isteri Muda nak rumah selesa,  peti ais dua pintu dan TV Sony Bravia 40-inci.

 

Dalam umur 40-an ni, mana juga larat nak buat OT, hari sabtu dan minggu pun kena cari duit………nak tengok bola pun tak dapat. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia, sebab tension bapak kawin baru.

 

Risau dan takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

 

Kalau di rumah isteri muda tentu hura wiri dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama ) terbayang bagaimana kelam kabutnya menguruskan anak-anak. Manakala di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

 

Aduuuuuh duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi pulak. Hehehe……….kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Payahnya macam. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun – dua. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tentu kena kena tolong bersihkan kalu anak buang air. Mesti kena pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu, silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eiiiiii tak sanggup pula. Hehehe…..yang memalukan lagi nanti orang ingat isteri muda tu anak I……….lagi haru. 

 

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu dan ini. Ini kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, da buat kita tak senang duduk. Apatah lagi kalau I seumur dengan mak-bapak mertua baru tu, kalau beza 10 atau 15 tahun kira ok juga………hiiiiiiiish banyak lah lagi.

 

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua  nih silakanlah. Tapi kena fikir sedalam – dalamnya. Jangan takat nak dapat syok aje. Kalau takat nafsu aje, tentu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama.

 

Kalau nak ikut sunah nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal……Wallahualam.

 

Masjid Beratapkan Langit

Gambar masjid tidak berbumbung ini diperolehi melalui email, tidak diketahui di negara mana letaknya masjid tersebut. Walau serba kekurangan masjid ini tetapi makmumnya sehingga di luar kawasan masjid.

Jadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua, jangan jadikan masjid yang serba mencukupi ditempat kita ini sebagai tempat menyemai perbalahan. Ukhuwah Islamiah wajib dipereratkan selagi hayat bernafas.

 

masjid14

 

masjid24

 

masjid32

 

masjid52

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.